Ketika mengulas hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim, seorang alim bernama Fatah al-Mausili bertanya kepada muridnya: “Benarkah seorang pesakit akan mati jika tidak dirawat dan tidak diberi makan minum?”
“Benar katamu wahai tuan guru.” Jawab murid-muridnya. Berkata Fatah al-Mausili: “ Demikian juga hati manusia jika disekat selama tiga hari daripada menerima ilmu dan hikmah, pasti ia akan mati.”
Fatah al-Mausili menjelaskan, bahawa roh atau hati manusia lebih cepat mati berbanding jasadnya. Dlam tempoh tiga hari sahaja hati akan mati jika tidak diberi makan dan minum iaitu ilmu dan hikmah.
Manusia yang tidak mempunyai ilmu mendekatkan diirinya kepada Allah dan tidak berusaha untuk mencarinya, yakinlah bahawa hati mereka sudah tenat, seolah-olah sedang nazak untuk menunggu saat kematiannya.
Ibnu Mas’ud R.A, seorang sahabat Nabi S.A.W berkata: “ Menjadi kewajipan kamu menuntut ilmu sebelum ilmu tersebut diangkat ke langit oleh Allah, iaitu dengan kematian para ulama. Tidak seorang insan pun yang dilahirkan dalam keadaan berilmu, bahkan ilmu diperolehi hanya dengan mempelajarinya.”
Setelah alim ulama dimatikan oleh Allah, maka tiada lagi guru yang mengajarilmu yang berkaitan dengan Allah S.W.T. Oleh itu, tuntuntutlah ilmu selagi mana ilmu masih wujud di dunia ini.
Bingkisan ilmu daripada: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
No comments:
Post a Comment