Sudah lama blog ni tak aktif sehinggakan berhabuk dan berdebu. Dengan masa lapang yang Allah kurniakan ni, insyaAllah kita akan suburkan kembali dengan setitis ilmu yang kita peroleh agar dapat dimanfaatkan kita bersama. Kesempetan jangan disiakan..
"Hei kawan, kau dah niat ke nak berpuasa esok ? ". "Apa azam kau untuk tahun baru ni ?"
Ayat ni sering kita dengar kan? Jika kita amati, ayat-ayat ni seperti membawa maksud yang sama kan?
Kedua-duanya berkait dengan hati tapi membawa maksud yang berbeza
Jadi, dalam post kali ni kita ingin mengetengahkan definisi niat dan azam agar kita dapat bezakannya.
'Niat' adalah hasrat atau kemahuan hati dilakukan serentak dengan perbuatan. Sebab itulah perkataan niat ni digunakan untuk solat,puasa dan sebagainya kerana ia serentak dengan perbuatan. Manakala 'azam' pula adalah hasrat atau kemahuan hati tetapi tidak serentak dengan perbuatan. Jadi, betullah ayat yang kita sering gunakan selama ni.
Kesimpulannya, 'niat' dan 'azam' membawa maksud yang berbeza tetapi daripada tempat yang sama iaitu hati. Hati adalah perkara yang penting dalam diri seseorang untuk dijaga. Jadi, ayuh kita sama-sama jaga hati ! Wallahua'lam..
# Salah dan silap harap ditegur. Kita bukanlah "Mufti", tapi seorang "Da'ie".. :-)
No comments:
Post a Comment