'Fuh, fuh', lama dah blog ni tak ter'update'. Ukiran kata-kata hikmah mesti tetap disebarkan demi kesejahteraan manusia. "Sebarkan Ilmu-Nya". InsyaAllah, kali ni kita kongsikan satu kisah yang berkaitan dengan hati.
Suatu hari dalam keramaian manusia berpusu ke sebuah pasar yang terletak di Kota Basrah, Ibrahim Bin Adham r.a, seorang yang tinggi ilmunya dan terkenal dengan kesufiannya ditahan oleh seorang lelaki ketika beliau melalui pasar itu. Lalu beliau disoal oleh lelaki itu, "Apa perkara yang boleh mematikan hati ?"
Lalu jawab Ibrahim Bin Adham r.a, "Ketahuilah bahawa terdapat 10 perkara yang boleh mematikan hati :
- Seseorang itu mendakwa dirinya mengenal Allah, tetapi tidak menunaikan hak-Nya.
- Seseorang itu mendakwa dirinya mencintai Rasulullah, tetapi tidak beramal dengan sunnahnya.
- Seseorang itu membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya.
- Seseorang itu menerima nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepada-Nya.
- Seseorang itu mendakwa syaitan itu musuhnya, tetapi tetap bersetuju dengannya
- Seseorang itu mendakwa Syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuk menujunya.
- Seseorang itu mendakwa Neraka itu benar, tetapi tidak menjauhkan dirinya daripada Neraka.
- Seseorang itu mendakwa mati itu benar, tetapi tidak bersiap sedia menghadapinya.
- Seseorang itu sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi lupa dengan keaiban sendiri.
- Seseorang itu telah menyemadikan temannya di pusara, tetapi tidak mengambil iktibar daripada kematian itu.
Wallahu a'lam..
No comments:
Post a Comment