Sunday, February 9, 2014

Rasulullah Dalam Kenangan ( Part 2 )



 



   Di hari-hari terakhir, baginda s.a.w masih mampu menyelenggarakan penyerahan tugas-tugas kenegaraan dan imam kepada Saidina Abu Bakar al-Siddik r.a. Bahkan baginda s.a.w turut bersolat berimamkan Abu Bakar dengan dipapah oleh Saidina Abbas dan Ali r.a ke masjid

   Baginda turut memanggil para isteri baginda dan menyampaikan wasiat kepada mereka. Di pagi hari 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah ketika fajar menyingsing, baginda s.a.w sempat menyelak tabir kamar Aishah r.ha sambil melemparkan senyuman dan tawanya yang begitu manis lagi penuh makna. Abu Bakar r.a menyangka baginda ingin menyertai jemaah solat Subuh pada pagi itu. Namun baginda mengisyaratkan agar olat dijalankan lantas baginda menutup tabir dan kembali ke kamar ilullatu.

   Sedang dhuha makin meninggi dan mentari sudah mulai membahang, baginda s.a.w berada di ribaan isteri kesayangannya iaitu Saidatina Aishah r.ha. Tiba-tiba dari luar pintu mendengar seorang yang berseru mengucapkan salam. " Bolehkah saya masuk ?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.

   " Maafkanlah, ayahku sedang demam ," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, " Siapakah itu wahai anakku ?" "Tak tahulahayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

   " Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

   Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. " Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah ? Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. " Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka luas menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

   " Engkau tidak senang mendengar khabar ini ? " tanya Jibril lagi. " Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak ?" " Jangan khuatir, wahai Rasulullah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : " Kuharamkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
 
 *Nantikan sambungannya.. :-)

No comments:

Post a Comment