Friday, February 14, 2014

Takut ( al-Khauf )

Kitab Mukasyafah Qulub 
~ Imam Al-Ghazali ~


  

   Dikisahkan, ketika Nabi Daud a.s duduk di pertapaannya sambil membaca kitab Zabur, tiba-tiba ia melihat seekor cacing berwarna merah di atas tanah. Ia bertanya di dalam hatinya, "Apakah Allah s.w.t kehendaki dengan cacing ini?"
   Lantas, Allah s.w.t memperkenankan cacing itu untuk boleh berkata-kata. Cacing itu berkata,"Wahai Nabi Allah, Tuhanku mengilhamkan kepadaku agar pada setiap siang hari aku mengucapkan, "Subhanallah wal hamdulillah wa lailaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah,Segala puji bagi Allah,Tiada Tuhan selain Allah,Allah Maha Besar); seribu kali. Allah s.w.t pun mengilhamkan kepadaku mengucapkan, 'Allahumma solli 'ala Muhammad an-nabi al-ummi wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallam (Ya Allah, limpahkan selawat dan salam kepada Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya)' 1000 kali. Lalu apakah yang anda ucapkan hingga aku dapat mengambil manfaat daripada anda?"
   Nabi Daud menyesal kerana telah meremehkan cacing. Ia takut, lantas bertaubat dan bertawakkal kepada Allah s.w.t.

   Ketika Nabi Ibrahim al-Khalil a.s mengingat kesalahannya, ia jatuh pengsan. Gementar qalbunya boleh didengar sejauh beberapa kilometer. Lalu, Allah s.w.t mengutus Jibril a.s kepadanya. Jibril a.s menemuinya dan berkata, "Zat Yang Maha Perkasa menyampaikan salam kepada anda dan Dia berkata, "Tidaklah Aku melihat seseorang takut kepada kekasihnya"
   Ya Jibril, apabila aku mengingat kesalahan dan memikirkan hukumannya, aku sering lupa kepada Kekasihku," jawab Ibrahim.


   Inilah keadaan para nabi, para wali, orang-orang soleh dan orang-orang zuhud. Oleh kerana itu, renungkanlah !

Thursday, February 13, 2014

5 Perkara Yang Akan Disoal Oleh Allah Di Akhirat Kelak








  • Bagaimana kita menghabiskan umur kita ?
  • Bagaimana kita menghabikan masa muda kita ?
  • Bagaimana dengan harta yang kita dapat, halal atau sebaliknya?
  • Bagaimana kita menguruskan harta kita ?
  • Bila ada ilmu, adakah kita mengamalkannya ?  






* Allahu Rabbi.. Adakah soalan sedemikian kita mampu menjawabnya. Lihat keadaan diri kita sekarang... Ayuh kita bermuhasabah !

(Pesanan buat diri ini yang mudah lupa)

Tuesday, February 11, 2014

Mata Yang Dicintai Allah

   Sedang kemas barang-barang lama masa sekolah dulu, terjumpa sebuah buku catatan yang dapat masa terlibat dengan Nadwah Kepemimpinan Islam tahun 2012 dulu. Dalam menyingkap balik nota-nota dalam buku tu, terjumpa satu catatan tazkirah yang menarik dan ingin saya kongsikan bersama. Tazkirah maghrib yang bertarikh 27/4/2012. Semoga bermanfaat ^_^


 "Mata-mata yang Dicintai Allah"


  • Mata yang melihat kebaikan disekelilingnya
  • Mata yang melihat kebesaran Allah
  • Mata yang tidak melihat maksiat
  • Mata yang melihat Al-Quran
  • Mata yang melihat orang susah


* Wallahua'lam .. :-)

Monday, February 10, 2014

Rasulullah Dalam Kenangan ( Part 3 Terakhir )

 




    Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril",tanya Rasulullah kepada Jibril

   "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal", kata Jibril. Sebentar kemudian kedengaran suara Rasulullah menahan sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

   Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummati,ummati,ummati"-"ummatku,ummatku,ummatku". Di detik-detik mencemaskan itu, baginda sempat bersugi ( yang dipinjamkan daripada Abdul Rahman bin Abu Bakar r.a ) sambil mengucapkan; "Ya Allah kepadaMu Tuhan yang Maha Agung". Sedarlah Aishah r.ha bahawa Rasulullah ingin berangkat pergi selama-lamanya kepada Tuhan yang Maha Esa. Lalu ketika 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah itulah baginda yang berusia 63 tahun telah wafat lalu dimakamkan di mana tempat kewafatannya iaitu di kamar Saidatina Aishah r.ha bersebelahan Masjid Nabi pada zama Rasulullah s.a.w



Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Allahumma solli 'ala Saidina Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita 

Mampukah kita mencintainya seperti ia mencintai kita semua ??

Sunday, February 9, 2014

Rasulullah Dalam Kenangan ( Part 2 )



 



   Di hari-hari terakhir, baginda s.a.w masih mampu menyelenggarakan penyerahan tugas-tugas kenegaraan dan imam kepada Saidina Abu Bakar al-Siddik r.a. Bahkan baginda s.a.w turut bersolat berimamkan Abu Bakar dengan dipapah oleh Saidina Abbas dan Ali r.a ke masjid

   Baginda turut memanggil para isteri baginda dan menyampaikan wasiat kepada mereka. Di pagi hari 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah ketika fajar menyingsing, baginda s.a.w sempat menyelak tabir kamar Aishah r.ha sambil melemparkan senyuman dan tawanya yang begitu manis lagi penuh makna. Abu Bakar r.a menyangka baginda ingin menyertai jemaah solat Subuh pada pagi itu. Namun baginda mengisyaratkan agar olat dijalankan lantas baginda menutup tabir dan kembali ke kamar ilullatu.

   Sedang dhuha makin meninggi dan mentari sudah mulai membahang, baginda s.a.w berada di ribaan isteri kesayangannya iaitu Saidatina Aishah r.ha. Tiba-tiba dari luar pintu mendengar seorang yang berseru mengucapkan salam. " Bolehkah saya masuk ?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.

   " Maafkanlah, ayahku sedang demam ," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, " Siapakah itu wahai anakku ?" "Tak tahulahayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

   " Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

   Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. " Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah ? Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. " Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka luas menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

   " Engkau tidak senang mendengar khabar ini ? " tanya Jibril lagi. " Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak ?" " Jangan khuatir, wahai Rasulullah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : " Kuharamkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
 
 *Nantikan sambungannya.. :-)