Thursday, January 30, 2014

Rasulullah Dalam Kenangan (Part 1)





Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku"

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap dengan mata itu berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalakan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tepi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Di ahri-hari terakhir itu, Baginda s.a.w sempat memanggil puterinya Fatimah al-Zahralalu membisikkan kepadanya dua bisikan. Bisikan pertama disambut deraian air mata puterinya manakala bisikan kedua disambut dengan senyum dan tawa manis di bibirnya. Bisikan pertama mengkhabarkan pemergian ayahandanya, manakala bisikan kedua memberitakan pemergian Rasulullah bakal diiringi puterinya Fatimah tidak lama setelah itu.

#Nantikan sambungan.. :-)

Tuesday, January 28, 2014

TUNTUTLAH ILMU WAHYU SEBELUM ALLAH ANGKAT ILMU ITU KE LANGIT




    Ketika mengulas hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim, seorang alim bernama Fatah al-Mausili bertanya kepada muridnya: “Benarkah seorang pesakit akan mati jika tidak dirawat dan tidak diberi makan minum?”

“Benar katamu wahai tuan guru.” Jawab murid-muridnya. Berkata Fatah al-Mausili: “ Demikian juga hati manusia jika disekat selama tiga hari daripada menerima ilmu dan hikmah, pasti ia akan mati.”
Fatah al-Mausili menjelaskan, bahawa roh atau hati manusia lebih cepat mati berbanding jasadnya. Dlam tempoh tiga hari sahaja hati akan mati jika tidak diberi makan dan minum iaitu ilmu dan hikmah.

Manusia yang tidak mempunyai ilmu mendekatkan diirinya kepada Allah dan tidak berusaha untuk mencarinya, yakinlah bahawa hati mereka sudah tenat, seolah-olah sedang nazak untuk menunggu saat kematiannya.

Ibnu Mas’ud R.A, seorang sahabat Nabi S.A.W berkata: “ Menjadi kewajipan kamu menuntut ilmu sebelum ilmu tersebut diangkat ke langit oleh Allah, iaitu dengan kematian para ulama. Tidak seorang insan pun yang dilahirkan dalam keadaan berilmu, bahkan ilmu diperolehi hanya dengan mempelajarinya.”
Setelah alim ulama dimatikan oleh Allah, maka tiada lagi guru yang mengajarilmu yang berkaitan dengan Allah S.W.T. Oleh itu, tuntuntutlah ilmu selagi mana ilmu masih wujud di dunia ini.


Bingkisan ilmu daripada: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat