Tuesday, December 10, 2013

Niat dan Azam



Sudah lama blog ni tak aktif sehinggakan berhabuk dan berdebu. Dengan masa lapang yang Allah kurniakan ni, insyaAllah kita akan suburkan kembali dengan setitis ilmu yang kita peroleh agar dapat dimanfaatkan kita bersama. Kesempetan jangan disiakan..

"Hei kawan, kau dah niat ke nak berpuasa esok ? ". "Apa azam kau untuk tahun baru ni ?"

Ayat ni sering kita dengar kan? Jika kita amati, ayat-ayat ni seperti membawa maksud yang sama kan?
Kedua-duanya berkait dengan hati tapi membawa maksud yang berbeza
Jadi, dalam post kali ni kita ingin mengetengahkan definisi niat dan azam agar kita dapat bezakannya.

'Niat' adalah hasrat atau kemahuan hati dilakukan serentak dengan perbuatan. Sebab itulah perkataan niat ni digunakan untuk solat,puasa dan sebagainya kerana ia serentak dengan perbuatan. Manakala 'azam' pula adalah hasrat atau kemahuan hati tetapi tidak serentak dengan perbuatan. Jadi, betullah ayat yang kita sering gunakan selama ni.

Kesimpulannya, 'niat' dan 'azam' membawa maksud yang berbeza tetapi daripada tempat yang sama iaitu hati. Hati adalah perkara yang penting dalam diri seseorang untuk dijaga. Jadi, ayuh kita sama-sama jaga hati ! Wallahua'lam..



# Salah dan silap harap ditegur. Kita bukanlah "Mufti", tapi seorang "Da'ie".. :-)
 

Friday, March 22, 2013

Sahabat Sejati

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi 


Asalnya,tak pernah tau pun ada lagu ni. Tiba-tiba ada seorang SAHABAT pasang MP3 dia bagi dengar lagu ni. Hati mula terpaut. Persahabatan itu perhubungan, seperti Chemistry ! Ukhuwah fillah Abada :-)


Madah Cintaku Buatmu.. Kekasihku

 Photo: SUBHANALLAH.... ^_^
Tempat yg PALING INDAH <3


Ketika manusia dalam sirna cahaya
Cahaya yang dinanti buat sekalian lamanya
Terumbang-ambing dibuai duniawi
Kerana jahiliyah yang bertapak di hati

Muhammad Bin Abdullah dialah insan terpilih
Penghulu sekalian Nabi, penyampai risalah suci
Kelahirannya di muka bumi membawa rahmat
Hadirnya bak mentari menyinari timur dan barat

Walaupun telah lama engkau meninggalkan kami
Namun perjuangan dan pengorbananmu masih subur di sanubari
Al-Quran dan As-Sunnah tinggalanmu yang diwarisi
Menerangi pelusuk semesta yang fana ini

Ya Rasulullah, tak tergambar kerinduan yang berlagu di jiwa
Tak dapat dibahasakan walau di pena para pujangga
Kerana kasihmu tidak ternilai dengan kebendaan dunia
Kesanggupanmu berkorban jiwa raga demi Islam tercinta

Ya Habiballah, ketika umatmu melaungkan selawat ke atasmu
Suara padu bergema menggegarkan angkasa raya
Saat itu setiap jiwa dipenuhi sinar mahabbah lantas terkikis sifat mazmumah
Maka terubatlah hati insan yang merinduimu

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati
Tetapkanlah hati kami
Dalam menongkah gelora di dunia fana ini
Agar terus membuka langkah dengan istiqamah menuju Marghfirah-Mu..



*Nukilan dari seorang yang faqir. Persembahan pertama di khalayak ramai...

Thursday, February 14, 2013

Qasidah.. Inspirasi Cinta Kami

 

Qasidah kini dah menyerap masuk secara total dalam sekolahku ( SMKA Sik ). Itulah keberkatan dari Program Mahabbahtul Rasul.. Ya Allah, moga budaya ini terus berkekalan. Inilah antara bukti kecintaan kita kepada Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W...  :)