Monday, October 19, 2015

10 Perkara Yang Mematikan Hati

Assalamualaikum...

'Fuh, fuh', lama dah blog ni tak ter'update'. Ukiran kata-kata hikmah mesti tetap disebarkan demi kesejahteraan manusia. "Sebarkan Ilmu-Nya". InsyaAllah, kali ni kita kongsikan satu kisah yang berkaitan dengan hati.

Suatu hari dalam keramaian manusia berpusu ke sebuah pasar yang terletak di Kota Basrah, Ibrahim Bin Adham r.a, seorang yang tinggi ilmunya dan terkenal dengan kesufiannya ditahan oleh seorang lelaki ketika beliau melalui pasar itu. Lalu beliau disoal oleh lelaki itu, "Apa perkara yang boleh mematikan hati ?"

Lalu jawab Ibrahim Bin Adham r.a, "Ketahuilah bahawa terdapat 10 perkara yang boleh mematikan hati :

  1. Seseorang itu mendakwa dirinya mengenal Allah, tetapi tidak menunaikan hak-Nya.
  2. Seseorang itu mendakwa dirinya mencintai Rasulullah, tetapi tidak beramal dengan sunnahnya.
  3. Seseorang itu membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya.
  4. Seseorang itu menerima nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepada-Nya.
  5. Seseorang itu mendakwa syaitan itu musuhnya, tetapi tetap bersetuju dengannya
  6. Seseorang itu mendakwa Syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuk menujunya.
  7. Seseorang itu mendakwa Neraka itu benar, tetapi tidak menjauhkan dirinya daripada Neraka.
  8. Seseorang itu mendakwa mati itu benar, tetapi tidak bersiap sedia menghadapinya.
  9. Seseorang itu sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi lupa dengan keaiban sendiri.
  10. Seseorang itu telah menyemadikan temannya di pusara, tetapi tidak mengambil iktibar daripada kematian itu.


Wallahu a'lam..

Thursday, December 25, 2014

Sifat Mazmumah

  Assalammualaikum.. Lama sudah blog ni tak di"update". InsyaAllah pada kesempatan ini saya ingin kongsikan contoh-contoh sifat Mazmumah yang terkandung dalam Kitab Zaadul Mutaalim yang saya belajar sewaktu Tingkatan Lima.

   Sifat Mazmumah adalah sifat yang terkeji iaitu sifat yang perlu kita jauhi. Sifat Mazmumah menjadikan seseorang akan susah untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T. Antara Sifat-sifat Mazmumah yang terkandung dalam kitab :


  1. syarhu at-ta'am ( banyak makan )
  2. syarhu al-kalam ( banyak cakap )
  3. hasad ( dengki )
  4. ghadhab ( marah )
  5. bakhil ( kedekut )
  6. hubbu al-jaah ( cinta akan kemegahan, kehebatan, ketinggian )
  7. Takbur ( sombong, bangga )
  8. Ujub ( hairan dengan diri sendiri )
Banyak lagi contoh-contoh sifat Mazmumah yang tak tertulis di sini
  
Mukmin yang hebat adalah Mukmin yang tiada sifat Mazmumah dalam dirinya.

 "Kadang-kadang kita rasa diri kita sudah dekat dengan Allah S.W.T, itu bukan petunjuk bahawa diri kita dekat dengan Allah S.W.T, tetapi itu adalah Ujub"

 Wallahua'alam...





*salah silap harap ditegur ^_^

Thursday, October 9, 2014

MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS



MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS



Pada satu hari, seorang bayi perempuan telah dilahirkan di sebuah rumah yang cukup damai di atas bukit. Sejuk. Nyaman. Ceria, begitulah jua hidup bayi ini dikelilingi.
Bertemankan taman menghijau, diselangi buah dan sayuran segar, anak tunggal ini membesar dengan layanan tertinggi.

RENUNGAN DI BALIK PAGAR KAYU

Setahun demi setahun, usia menjangkau dari bayi menjadi kanak-kanak. Anak ini sudah pandai berlari. Ada juga sesekali memanjat. Dia cukup teruja dengan pagar kayu rumah buatan ayahnya. Ada sesuatu yang istimewa di sana.
Setiap petang, di sinilah tempatnya dia menunggu, merenung kejauhan di balik pagar kayu itu. Kerana hairan dengan telatah anaknya ini, si ibu bertanya, "Anakku, apa yang menarik kau lihat ke sana?"
Anak perempuan ini mengunjuk tangannya nun ke hujung bukit sana.
Tersergam, sebuah rumah agam. Hijau dindingnya. Namun bersilau-silau bingkai tingkapnya, bagai bertatah emas. Si ibu pun seperti pertama kali melihatnya, terpesona dengan kecantikannya. Diusap-usap kepala anak comel ini, "Anakku, kelak kau dapat jua ke sana. Belum masanya lagi."

KEJUTAN DI ULANGTAHUN KELAHIRAN

Purnama berselang tahun. Kini anak cilik bertukar menjadi gadis manis. Hari ulangtahun usia remajanya itu, dihadiahkan sebuah basikal dari ayahnya. Betapa gembira hidup anak ini, saat ibunya menghulurkan basikal baru, "Manisku, sudah sampai saatnya kau meneroka cantiknya alam ini."
"Saya boleh ke rumah bingkai emas, ya?" Ibunya mengangguk, dan melompatlah dia segirangnya.
Dikayuhnya begitu laju, namun cermat turuni lurah dan anak jalan. Gadis ini tidak sabar melihat sendiri bingkai-bingkai emas yang diidamnya sentuh sendiri, sedari kecil lagi.

KEJUTAN DEMI KEJUTAN

Sesampainya di sana, dia terpaku dan gigil. Di depannya kini berlainan sekali. Rumah yang di depan matanya kini, jauh beza dari apa yang dia sangkakan. Rupa-rupanya, rumah ini amat buruk, menggelupas kulit dindingnya. Bingkai yang disangka emas ternyata hanya pantulan sinar matahari semata-mata.
Menitis airmatanya kerana kecewa. Menggeletar tubuhnya menahan sendu yang menekan. Lalu dia terduduk di tanah. Dan menoleh ke sisinya...
Kelihatan dari situ, sebuah rumah di atas bukit, cukup mengkagumkan. Dengan pantulan mentari senja, bersinar bingkai jendela keemasan. Baru dia perasan. Itulah rumahnya yang selama ini dia diami sepanjang hidupnya. Yang hidupnya jarang kecewa, sering digembirakan.
Tiada nikmat yang dapat dinafikan. Remuk hatinya telah terubat. Dia tidak sabar-sabar pulang ke rumah asalnya, bagai ingin hidup semula. Menjadi penghuni yang baru.
Wahai muslimat, gadis, ataupun perempuan. Begitulah seadanya dirimu yang diciptakan Tuhan. Saat dirimu sentiasa tercari-cari ikutan, kepingin jadi seorang yang cukup terhormatkan. Atau hiasan yang sering dikerumun perhatian.
Dikau sanggup menukar cara jalan. Mengikut trendi caramu berpakaian. Paling kasihan, cara pandangan dan fikiran. Hingga menjadi insan berlainan.
Sampai tak perasan, fitrahnya kau terbaik ciptaan Tuhan. Dikau sebenarnya lebih cantik luaran dalaman. Unik dan terkehadapan, dikau adalah sebaik-baik insan. Itulah dirimu. Cantik. Indah. Damai. Sejak dilahirkan.

Berterima kasihlah kepada Ar Rahman. Kembalilah ke mode fitrah. Renungilah semula jejak-jejak silam yang ditinggalkan. Bidadari jua kau diangkat di hujungnya oleh Tuhan.

Wednesday, October 8, 2014

WARKAH CINTA UNTUK IBU DAN AYAH

Satu kiriman e-mail yang menarik kita terima. Jadi, suka kita kongsikan untuk tatapan umum untuk sama-sama kita renungkan..

WARKAH CINTA UNTUK AYAH & IBU

Assalamualaikum..
Untuk AYAH & IBU yang aku cintai…
Kalian berdualah jiwa ku.. Yang selalu memberikan semangat dan senyum dalam hari-hariku.. Senyum kalian, adalah kehidupan bagiku.. Tangisan kalian, adalah kehancuranku.. Keringat yang bercucuran di wajah kalian, adalah inspirasiku..
Duhai IBU..
Tanpa engkau aku tak akan menjadi seperti ini. Dengan semangatmu yang kuat, aku dapat berdiri tegak di tengah goyahnya jiwaku di terpa pelbagai dugaan. Tanpa mu, aku hanyalah gadis kecil yang tak akan mengerti tentang tenangnya jiwa seorang perempuan yang gagah.
IBU, suaramu begitu merdu aku dengar. Di kala kau menceritakan sebuah kisah sebagai penenang tidur ku. Tapi itu dulu IBU.. Dulu.. sebelum aku mengenal kata-kata teguranmu. Namun, di usia ku yang ke 19 ini, aku malu jika kau masih memarahiku. Entah mengapa? Aku tak ada alasan yang tepat sehingga aku malu mengakuinya. Ya.. begitu sombongnya aku. Namun, begitu aku selalu merindukan hal itu IBU.
IBU, kau adalah perempuan yang paling kuat yang pernah ku kenali. Aku pernah mendengar ceritamu mengenai Sayidatina Siti Khadijah R.A, isterinya baginda Rasulullah SAW, seorang yang penyabar dan tabah semangatnya dalam mengharungi hidup kepada pesuruh Allah yang agung.
Tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dengan memberikan dorongan dan semangat kepada Rasulullah SAW dilaksana sebaik mungkin.. Ya IBU.. hebatnya beliau!
Siapa yang tak kenal akannya.. Dan mungkin masih banyak lagi wanita-wanita lain yang sama seperti mereka, atau hampir sepertinya..

IBU, KAU PERMATA HATIKU

Namun, di mataku.. kaulah wanita yang paling tabah itu IBU! Kaulah perempuan yang tak pernah dan tak ingin kalah dengan semua keadaan hidup yang begitu sukar di jalani.
IBU, kau bagaikan malaikatku.. Sewaktu kecil, begitu telitinya kau menjagaku.. Tidak akan kau biarkan seekor nyamuk pun yang menggigiti kulit halusku di waktu itu.. Di saat aku sakit, kau rela tidak tidur untuk menjagaku dan mendamaikan hatiku.. Sentuhanmu, membuatku tak berdaya. Ya.. bagaikan terusap oleh hembusan angin di kala senja.
Tapi, apa yang dapat ku berikan pada mu saat ini IBU? Tidak ada! Aku hanya dapat menyusahkanmu.. Membuatmu sedih dengan semua kata-kata dan perbuatan yang terkadang menyakitkan hatimu.. Aku hanya membuatmu gelisah, ketika aku lupa waktu pulang kerana kesibukanku sebagai mahasiswa, lalu terkadang aku bertanya? Apakah Allah akan memaafkanku, dengan apa yang telah aku lakukan pada mu IBU?
Dengan selembar kertas ini. Aku mohon maaf pada mu IBU. Aku tahu, maafku tidak akan bererti apa-apa. Kerana di dalam lubuk hatimu, kau selalu menutup kesalahanku yang begitu banyak ini, dengan CINTAmu yang begitu sangat besar.
Ya.. aku belum mampu membahagiakanmu saat ini IBU.. Namun, di setiap sujudku, namamu selaluku panggil. Jikalau waktu dunia tak berkehendak untuk kita selalu bersama, tapi aku yakin, di akhirat nanti kita akan saling berpelukan, sambil menikmati indahnya syurga akhirat.. Amin..


AYAH, BERKORBAN APA SAJA

AYAH.. wajahmu selalu tegar.. Walau kulitmu sudah mula kerepot, dan tubuhmu tidak lagi segagah yang dulu.. Namun, aku masih sangat mengenalimu sebagai seorang lelaki yang selalu memberikan semangat dan cinta hingga rela berkorban untuk sang anaknya yang naif ini.
Betapa sering aku mengecewakanmu AYAH.. Dengan semua keluh kesahku padamu. Dan betapa tak sedar dirinya aku. Ketika aku sampai marah padamu, kerana engkau tak memberikan belanja yang cukup padaku..
Padahal disebaliknya, keringatmu mengalir deras, untuk mendapatkan sedikit wang demi memberi nafkah dan menyekolahkan anaknya ini.. Lalu kau tak lena tidur di waktu malam, untuk memikirkan hari esoknya.
AYAH, aku begitu takut. Dikala doktor berkata bahawa kau harus banyak berehat. Penyakit darah tinggi yang telah menyelamimu sejak puluhan tahun yang lalu, memaksa dirimu untuk berhenti bekerja, dan berhenti memikirkan hal-hal yang berat..
Dari itu ku tahu AYAH.. Begitu berat beban yang kau rasakan. Aku sempat berfikir, akan adakah waktu untukku memberi khidmat kepadamu? Namun secepat mungkin aku menghilangkan fikiran itu. Kerana sesungguhnya, aku belum siap untuk kehilanganmu.. Aku mencintaimu AYAH..
Aku tahu, kau hanya sempat menghabiskan pelajaran sekolah rendahmu. Kau tak sempat mengecapi rasanya menjadi seorang mahasiswa. Namun, begitu hebatnya kau AYAH. Tekad mu sungguh sangat besar untuk menyekolahkan kelima-lima anakmu ini untuk menjadi sarjana-sarjana yang kau banggakan..
Aku tahu, itu semua tidaklah akan terhasil dari sebuah pengorbanan yang sangat besar. Sekarang, tiga anak mu sudah menjadi sarjana AYAH... Dan kami telah berjanji bersama. Untuk membahagiakanmu nantinya.


AYAH.. IBU..

Ketika aku menuliskan surat cinta ini, air mataku tak henti mengalir membasahi pipiku. Kerana aku malu AYAH.. IBU.. aku malu pada diriku sendiri. Yang belum mampu membahagiakan kalian. Aku malu, dikala aku selalu saja meminta, meminta dan terus meminta, tanpa memperhatikan keadaan kalian sebenarnya..
Aku sangat mencintaimu, AYAH.. IBU.. sangat mencintai kalian..
Maafkanlah aku.. maafkanlah aku, yang belum mampu membalas cinta kalian seutuhnya. Aku yakin, Allahlah yang akan membalasnya, lebih besar dari apa yang mampu kami lakukan nanti..
Ketika surat ini telah kalian baca keseluruhanya, aku ingin sebuah pelukan hangat dari kalian berdua.. Aku ingin mencium kaki kalian, dan meminta maaf padamu, AYAH, IBU.
Ya.. hanya menulis sebuah surat ini yang mampu aku lakukan.. Wajah kalian, akan menjadi kekuatanku, di saat aku lemah. Menjadi inspirasiku, di saat aku diuji. Dan menjadi cita-citaku, untuk selalu membahagiakan kalian..

Terima kasih AYAH..
Terima kasih IBU..
Aku mencintaimu AYAH..
Aku mencintaimu IBU..

Friday, February 14, 2014

Takut ( al-Khauf )

Kitab Mukasyafah Qulub 
~ Imam Al-Ghazali ~


  

   Dikisahkan, ketika Nabi Daud a.s duduk di pertapaannya sambil membaca kitab Zabur, tiba-tiba ia melihat seekor cacing berwarna merah di atas tanah. Ia bertanya di dalam hatinya, "Apakah Allah s.w.t kehendaki dengan cacing ini?"
   Lantas, Allah s.w.t memperkenankan cacing itu untuk boleh berkata-kata. Cacing itu berkata,"Wahai Nabi Allah, Tuhanku mengilhamkan kepadaku agar pada setiap siang hari aku mengucapkan, "Subhanallah wal hamdulillah wa lailaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah,Segala puji bagi Allah,Tiada Tuhan selain Allah,Allah Maha Besar); seribu kali. Allah s.w.t pun mengilhamkan kepadaku mengucapkan, 'Allahumma solli 'ala Muhammad an-nabi al-ummi wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallam (Ya Allah, limpahkan selawat dan salam kepada Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya)' 1000 kali. Lalu apakah yang anda ucapkan hingga aku dapat mengambil manfaat daripada anda?"
   Nabi Daud menyesal kerana telah meremehkan cacing. Ia takut, lantas bertaubat dan bertawakkal kepada Allah s.w.t.

   Ketika Nabi Ibrahim al-Khalil a.s mengingat kesalahannya, ia jatuh pengsan. Gementar qalbunya boleh didengar sejauh beberapa kilometer. Lalu, Allah s.w.t mengutus Jibril a.s kepadanya. Jibril a.s menemuinya dan berkata, "Zat Yang Maha Perkasa menyampaikan salam kepada anda dan Dia berkata, "Tidaklah Aku melihat seseorang takut kepada kekasihnya"
   Ya Jibril, apabila aku mengingat kesalahan dan memikirkan hukumannya, aku sering lupa kepada Kekasihku," jawab Ibrahim.


   Inilah keadaan para nabi, para wali, orang-orang soleh dan orang-orang zuhud. Oleh kerana itu, renungkanlah !

Thursday, February 13, 2014

5 Perkara Yang Akan Disoal Oleh Allah Di Akhirat Kelak








  • Bagaimana kita menghabiskan umur kita ?
  • Bagaimana kita menghabikan masa muda kita ?
  • Bagaimana dengan harta yang kita dapat, halal atau sebaliknya?
  • Bagaimana kita menguruskan harta kita ?
  • Bila ada ilmu, adakah kita mengamalkannya ?  






* Allahu Rabbi.. Adakah soalan sedemikian kita mampu menjawabnya. Lihat keadaan diri kita sekarang... Ayuh kita bermuhasabah !

(Pesanan buat diri ini yang mudah lupa)

Tuesday, February 11, 2014

Mata Yang Dicintai Allah

   Sedang kemas barang-barang lama masa sekolah dulu, terjumpa sebuah buku catatan yang dapat masa terlibat dengan Nadwah Kepemimpinan Islam tahun 2012 dulu. Dalam menyingkap balik nota-nota dalam buku tu, terjumpa satu catatan tazkirah yang menarik dan ingin saya kongsikan bersama. Tazkirah maghrib yang bertarikh 27/4/2012. Semoga bermanfaat ^_^


 "Mata-mata yang Dicintai Allah"


  • Mata yang melihat kebaikan disekelilingnya
  • Mata yang melihat kebesaran Allah
  • Mata yang tidak melihat maksiat
  • Mata yang melihat Al-Quran
  • Mata yang melihat orang susah


* Wallahua'lam .. :-)