Sunday, October 30, 2011

Malu Adalah Iman

Lunturnya sifat malu dalam masyarakat merupakan salah satu parameter degradasi iman. Sebab, rasa malu akan segera menyingkir dengan sendirinya tatkala iman sudah terkikis. Sebagaimana sabda Rasululloh Shallallaahu alaihi wa Sallam, yang artinya: “Malu dan iman saling berpasangan. Bila salah satunya hilang, maka yang lain turut hilang.” (HR Hakim dalam kitab Al-Mustadrak)

Rasululloh Shallallaahu alaihi wa Sallam pernah melewati seorang laki-laki Anshar yang mencela sifat malu saudaranya. Maka Rasululloh Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tinggalkan dia. Sesungguhnya malu itu sebagian dari iman.”

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasululloh Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya: “Iman itu ada tujuh puluh bagian. Yang paling tinggi adalah kalimat ‘la ilaha illallah’ dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri di jalan. Dan malu adalah bagian dari iman.” (HR Bukhari)

Tuesday, October 25, 2011

Cinta, jangan hampiri diriku


Cinta, jangan memelukku terlampau ERAT. Di dada ini ada LUKA yang masih setia aku rawat..

Cinta, aku tidak mengapa jika kau JAUHI aku beberapa waktu ini.
Sungguh, aku ingin BELAJAR menyayangi diriku terlebih dulu,
sebelum meyakini diri untuk BERKORBAN demi yang lain..

Cinta, jika memang kau PERLU untuk mewarnai hariku beberapa waktu kehadapan,
tolong pastikan
bawakanlah aku WARNA kebahagiaan yang hakiki,
bukan sekadar bahagia yang berusaha ku alami sendiri.

Sultan Muhammad Al-Fateh

"Sultan Muhammad al-Fateh Penakhluk Konstantinopel"
Kota Konstantinopel (Istanbul) kelihatan Masjid Biru dan Masjid Hagia Sofia (dahulunya gereja)
"Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Begitu maksud sebuah hadis yang pernah dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w."
kata Sheikh Bayram semasa mengajar ilmu hadis di Masjid Yelderim Beyazid Kulliyesi selepas sembahyang subuh.

Sultan Muhammad al-Fateh Penakhluk Konstantinopel karya Abdul Latip Talib muka surat 2

Bagaimana kota itu hendak ditawan sedangkan kota itu amat kukuh sekali pertahanannya? Bagaimana sebuah matlamat (kejayaan) Bakal direalisasikan sedangkan ia amat sukar? Dalam usaha untuk menakhluk Konstantinopel pelbagai usaha dilakuakn oleh Sultan Muhammad al-Fateh.

sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “...Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...”

Sultan Muhammad al-Fateh dan ayahndanya Sultan Murad mencari jalan untuk merealisasikan kata-kata rasulullah s.a.w mencari kenyataan. Namun kunci kejayaan bukanlah kepada peralatan ketenteraan yang canggih jumlah tentera yang banyak, pengalaman berperang yang luas, tetapi kuncinya terletak pada ciri-ciri atau kriteria yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w untuk orang yang layak menawan kota Konstantinopel, iaitu "Raja yang baik dan tentera yang baik..."

Dalam usaha kita mencapai kejayaan kita perlu tahu sama ada diri kita sudah cukup layak untuk mencapai cita-cita? Sebagaimana yang dilakukan oleh Sultan Fateh dan Ayahndanya, segala-galanya bermula pada diri mereka, pertama sekali mereka perlu menjadi "pemimpin yang baik" dan mereka mendidik rakyat & tentera mereka supaya menjadi orang yang baik-baik. Lihatlah di dalam diri kita adakah kita menepati kretiria orang yang baik?

Kemudian dalam usaha menakhluk Konstantinopel, Sultan Fateh bersedia dengan melatih tenteranya dengan ilmu peperangan dan juga kekuatan rohani. Baginda juga mengatur pelbagai strategi untuk mengetahui kelemahan pada Kota Konstantinopel dengan melakukan risikan. Baginda juga membebaskan Urban iaitu pakar senjata yang sangat canggih iaitu "Meriam". Sikap mulia pada baginda telah menarik hati Zaqhanus iaitu ketua paderi Konstantinopel untuk memeluk agama Islam.

Bayangkan seorang Sultan yang sama umurnya dengan aku berusaha untuk merealisasikan kata-kata Rasulullah s.a.w. Beliau juga menyanjungi semangat yang ada pada seorang sahabat nabi iaitu Abu Ayub al- Ansari yang bersemangat untuk berjuang walaupun sudah tua.

Makam sahabat Nabi Abu Ayu al-Ansari di Masjid Eyup Sultan

"Serangan dilakukan namun banyak kali menemui jalan kegagalan"

Golden Horn "Tanduk emas" yang diretangi oleh rantai-rantai besi menyebabkan kapal-kapal perang Sultan Muhammad tidak dapat mengepung kota itu seluruhnya. Tembok kota yang mempunyai 3 lapisan sangat kukuh walaupun beratus-ratus peluru meriam dilepaskan baru sahaja memusnahkan lapisan pertamanya. Namun Sultan Muhammad yang masih lagi muda tidak berputus asa. Sehingga tarikh 29 Mei 1453 Sultan Fateh bersama tenteranya bejaya menakhluk kota yang diidamkannya. Maka dengan itu hadis Rasulullulah s.a.w beratus tahun lalu menjadi kenyataan

Makam Sultan Muhammad al-Fateh

Dalam usaha mencapai kegagalan yang paling penting meletakkan matlamat pada jalan yang diredhai Allah s.w.t. Jika menemui kegagalan bukan penghalang untuk kita terus mencuba. Gagal menawan kota Konstantine bukan bermakna Kota itu terus lenyap dan tiada harapan untuk menawannya, selagi kota Konstantinopel itu masih wujud di Muka Bumi ini selagi itu peluang masih ada. Strategi yang baik perlu ada dalam usaha kita mencapai kejayaan namun jangan memandang rendahpada mereka yang gagal menawannya, tetapi jadikan ianya sebagai panduan untuk melihat diri kita supaya menjadi yang terbaik. Akhir sekali setelah berusaha apa yang perlu ialah berserah 100% kepada Allah s.w.t. Mudah-mudahan penulisan ini memberi semangat kepada diri aku dan juga pembaca setia.

Saturday, September 17, 2011

Penantianmu

Hidup ini tak pernah sunyi dari badaian ujian yang berlabuh...bagiku...dan buat semua yang bergelar muslim..ujian dan musibah yang membasahi kita merupakan anugerah yang teramat agung nilainya dari Allah Azzawwajalla...ujian yang didatangkan kepada kita melalui pelbagai bentuk dan indah corak warna biasan dan kiasannya apabila kita redha ia adalah daripada ketentuan Allah rabbul jalil...

Annas itu sendiri sudah menggambarkan sifat manusia yang diciptakan dengan sedemikian indah rupa ini sebagai makhluk yang sentiasa lupa...sebenarnya..insan yang sentiasa ditimpa dengan ujian dan musibah adalah insan yang sangat dicintai oleh Allah..lihat sahaja ujian yang terpaksa dipikul oleh kekasihnya Muhammad Rasulallah...Dari mula baginda menjejak langkah di bumi...ujian yang mendatang sehinggalah saat kewafatan baginda..sungguh agung cinta baginda kepada Allah dan dan betapa tinggi nilai cinta Rabul Alamin kepada Rasulallah...

Segala galanya tidak akan dapat dirasai tanpa hadirnya tiga rangkaian hikmah yang bersinar ini...iman,keredhaan dan ketenangan..ingatlah bahawa hikmah dalah sesuatu yang bernilai yang tercicir dari genggaman orang muslim yang mukmin...halawatul iman yang dirasai tak mampu digambarkan melalui kalam bicara manusia...keindahannya tak mampu dibayangkan melalui pancaindera...kelembutannya tak mampu ditafsirkan oleh zahir...lihatlah betapa agungnya semua anugerah yang diberikan oleh Allah...

Cuma kita saja yang sering terlupa..hanyut dilambung gelora dunia..beterbangan bersama hiasan nafsu dan syaitan....tapi..pernahkan tuhan melupai kita...adakah udara yang dihirup segar dikenakan elaun?makanan makanan yang dijamah setiap hari disuruhNYA kita untuk dibayar?lihatlah..betapa angkuh manusia...satu sifat yang tidak layak bagi seorang makhluk untuk disematkan di jiwa..

Renungkanlah....siapakah kita...bukalah minda...lihatlah keagungannya yang berada di setiap penjuru alam ini...sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya...tuhan telah membuka silah dan ruang bagi kita...semuanya terletak di tangan kita...tetapi..ingatlah bahawa..semakin hebat kita mendekatkan diri dengan allah..semakin hebat ujian yang mendatang...wallahua'lam...

Saturday, January 15, 2011